saya mahu jadi yang terbaik untuk awak

selamat malam. malam ini rasa ada seuatu yang ingin saya luahkan. rasa nak buat entry untuk awak malam ini. 

saya sedar yang saya bukan terlalu sempurna buat awak. saya tahu saya banyak kekurangan dalam diri saya.saya tahu saya perlu berubah untuk nampak sempurna untuk awak. saya akan berubah seperti mana yang awak mahukan ke arah kebaikan. awak selalu nasihatkan saya sebab awak nak saya nampak sempurna di mata awak. segal teguran awak, saya terima dengan seikhlas hati saya. kesetian dan kejujuran awak pada saya yang mendorong saya untuk kegigihan saya. saya cuba untuk gembira dan bahagiakan awak seperti mana awak lakukan pada saya. saya ingin melihat senyuman awak yang manis itu setiap hari, walaupun kita jauh. setiap senyuman awak memberi makna pada saya.

awak. setiap hari saya berdoa supaya hubungan kita kekal hingga akhir dan satu hari nanti kita disatukan dalam ikatan yang hakiki. saya akan jadi isteri yang soleha dan taat pada awak, ibu kepada anak-anak awak, nenek kepada cucu awak. itu janji saya pada awak. terima kasih awak kerana sudi menerima saya sebagai teman hidup saya. saya sayang awak hingga akhir hayat saya.

Terima kasih Kerana Sudi Menerjah Blog Ini :)

3 ulasan:

  1. Yeah,moga hubungan korang kekal :D

    BalasPadam
  2. Semoga cepat kahwin.. :)

    http://aboy-ensem.blogspot.com/2012/04/segmen-seronoknya-blogwalking-tamat.html

    BalasPadam

This blog fully designed by THIS GIRL| Don't you dare want to copy it! | Alright reserved by SI DEBAB