61 CINTA SEMAKIN PUDAR


Tanda-Tanda Cinta yg semakin Pudar dan telah dipenghujungnya. Kalau korang punya pasangan ada menunjukkan ciri2 seperti di bawah ini. Itu maknyanya perhubungan korang dalam tahap bahaya dan harus berhati-hati. Kerana cinta itu bakal punah...

1) Malas angkat telefon
2) Mula bagi macam-macam alasan
3) Buat buat macam-macam hal
4) Asyik-asyik cakap malas, malas, malas…
5) Bila ajak keluar, asyik-asyik kata dia busy, sibuk memanjang
6) Mula keluar dating dengan pakaian yg selebet
7) Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati
8) Bila tanya soalan, dia tak jawab & biarkan soalan tergantung tak bertali
9) Lupa hari jadi
10) Mula mengelakkan diri dari berjumpa
11) Mula keluar dengan orang lain
12) Dia dah tak kisah kalau tak jumpa. Sebulan tak jumpa pun tak apa
13) Ada date, tapi lupa nak datang…bagi alasan lupa la apa laaa
14) Jawab sms kalau dulu 10 patah, sekarang dah 1 patah. Tu pun ringkasan mcm ‘k’
15) Dah tak layan macam dulu
16) Apa kita buat semua tak betul dimata dia
17) Ada saja kelemahan kita yang dia nampak
18) Dia nampak kelemahan kita lebih dari melihat kebaikan
19) Taip sms pun pendek-pendek jer
20) Bila kita cakap i love u, dia balas ‘emmmmm’ jer
21) Bila tanya tetibe jer dia nak melenting tak tentu pasal
22) Bagi alasan kita ni terlalu baik macam malaikat dan tak sesuai dengan dia. Tapi masa mengorat dulu tak perasan pulak diri diea macam setan…huhu
23) Bila ajak jumpa parent, macam-macam cara dia cuba mengelak
24) Bila cakap pasal kahwin, dia buat tak serius. Cuba lari dari topik.
25) Dia dah tak kisah apa jadi kat pasangan
26) Kita yang beria-ria, tapi dia buat macam acuh tak acuh jer
27) Susah nak senyum @ gurau @ gelak ketawa dengan kita
28) Dia beri perhatian lebih pada orang lain…lebih suka kawan-kawan dia dari kita
29) Dengan orang lain, dia boleh mengaku single
30) Status kat facebook, dia letak ‘single’
31) Langsung tak nak ambil tahu pasal kita, buat bodo jer. Dah tak tanya ‘dah makan ke belum?..tak macam dulu
32) Kalau dulu keluar dating, pegang-pegang tangan. Tiba-tiba, dah tak nak pegang. Rimas katanya. ((Perbuatan pegang tangan awek @ makwe adalah HARAM dalam Islam. Kami nasihatkan, elak buat perkara ini sebelum anda kahwin yer ))
33) Dulu-dulu pakai baju mesti nak matching, sekarang dah tak nak. Macam budak-budak. Buat poyor jer, katanya.
34) Buat-buat lupa nak call atau sms kita
35) Dulu kalau pergi toilet, pastu tak angkat tepon. Sekali check, ada miskol 30 juta kali. Tapi skang, nih ada 1 miskol pun dah cukup baik
36) Ternampak dia berjalan dengan pompuan lain. Bila tanya, adik angkat jer jawabnya. Dulu-dulu tak tau pun dia ada adik angkat
37) Kalau makan berdua, dulu kontrol-kontrol. Sekarang buruk lantaknya…huhuhu
38) Dulu tersepak batu…batu yang salah. Sekarang, kalau tersepak batu, kita yang dipersalahkannya. Awak buta ker apa?, tengkingnya.
39) Bila kita bercakap, dia pandang pompuan lain
40) Bila ajak keluar, memanjang jer bagi alasan tak ada duit, sibuk kerja….
41) Dulu panggil sayang, tapi tiba-tiba dah tukar jadi nama
42) Sekarang dia dah jarang kontek kita.
43) Bila kita tanya, dia jawab macam terpaksa je
44) Sudah mula keluar perkataan BOSAN la, BORING la, TAK BEST la. Duduk rumah, tak keluar lagi best…
45) Mula mempersoalkan bentuk badan kita…makin berisi lah…terlalu kurus lah…muka pucat lah…macam2
46) Dulu kalau nak dating, bedezuupp datang…sekarang, ada jer alasan dia….jem lah, ape lah.
47) Dulu masa gaji selamber jek dia bagitau kita. Sekarang ni, bila tanyea pasal gaji ” weh tu duit saya la….awak sebuk pesal ape??
48) Dulu sanggup tolak ajakan kawan-kawan, sebab nak gi dating dengan kita. Tapi skang tolak ajakan kita nak gi dating sebab nak kuar dengan kawan-kawan katanya.
49) Dia dah kurang ucapan ‘terima kasih’
50) Cakap dalam fon pun tak lebih 5 minit. Dulu boleh pula berjam-jam, sampai panas fon.
51) Bila bercakap pasal jodoh, boleh dia kata “Kalu ada jodoh, ade la. Kalau takde, kita takleh buat ape. Kite hanya merancang.” Dulu, boleh pulak dia kata “walau ape pn badai melanda, nk sehidup semati dengan awak…”
52) Dulu kalau gi dating dia jemput & hantar balik. Sekarang, kena datang dan balik sendiri.
53) Kalau call @ sms waktu malam, cepat-cepat dia cakap dah nak tidor. Padahal dok asyik bersms atau tengah tunggu call dari orang lain.
54) Dulu, kalau gi dating tengok wayang sampai 2 kali sehari… lunch, jalan-jalan, pastu minum petang lak. Sekarang, lepas makan, pastu terus balik.
55) Dulu-dulu, kalau dia salah, cepat jer dia cakap “Sorry awak”, “Maafkan saya awak”…Tapi sekarang, dah lah tak mengaku salah. Tak pernah minta maaf. Dia boleh salahkan kita lak. Padahal dia yang salah.
56) Dulu mesti sebelum tidor, dia call kita dulu. Tapi skang, tak pun…alasannya, lupa la, penat la, dah tertidur la.
57) Dulu asyik nak berkepit jer…pi makan sama, pi kelas sama. Tapi skang, dah rimas nak kuar sama.. seminggu sekali pun susah….nak masa untuk diri sendiri katanya.
58) Dulu kalau ada kenduri kahwin saper2, cepat jer dia ajak kita. Skang, dia lebih rela pergi sorang-sorang.
59) Dulu dia wangi selalu, sekarang ni asyik hamis jer bau nya…huhu
60) Kita dah hantar 10 kali mesej, tapi dia esoknye baru reply!!!
61) Dulu, bila nak pi mana-mana pun, dia akan bagitau kita. Tanya kita dah makan ke belum. Dia buat apa pun, dia cerita. Tapi skang, langsung takde khabar berita. Dia buat hal dia senyap-senyap. Langsung tak share dengan kita aktiviti dia.


Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi cukuplah korang check yang atas tu dulu. Kalau banyak tanda-tanda tu pada cinta korang, pandai-pandai lah korang bersiap sedia yer. Bersiaplah dari segi jiwa dan emosi sebab nanti korang akan tahu betapa peritnya putus cinta…………

Terima kasih Kerana Sudi Menerjah Blog Ini :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

This blog fully designed by THIS GIRL| Don't you dare want to copy it! | Alright reserved by SI DEBAB