di saat aku mencintaimu

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..dia milikku & tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah Ya Tuhan kami..
Seandainya telah Engkau takdirkan..dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..Agarku bisa bahagia..Walaupun tanpa bersamanya..

Ya Allah Yang Tercinta..
Gantikanlah yang hilang..Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walau pun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu..Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untuk ku..Kerana Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.. Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini..Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia bersama2 dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..
Amin Ya Rabbal A'lamin


Terima kasih Kerana Sudi Menerjah Blog Ini :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

This blog fully designed by THIS GIRL| Don't you dare want to copy it! | Alright reserved by SI DEBAB